Kelas Kesedaran Hari Bumi 2022 (Invest In Our Planet)
23 April 2022 | Aktiviti TerkiniDi dalam kelas ini, para pelajar telah didedahkan dengan maksud sambutan Hari Bumi. Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun di seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang turut mengadakan kuiz menggunakan Microsoft PowerPoint mengenai soalan Haiwan Pupus, Haiwan Dunia serta Kitar Semula untuk menguji tahap kefahaman para pelajar ini.
Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan konsep simulasi kejadian alam seperti Tsunami dan Kitaran Air Hujan menggunakan aplikasi Assemblr Edu iaitu teknologi Augmented Reality.
Di samping itu, para pelajar turut diberi peluang bermain Popstick Puppet, dimana mereka diminta untuk memasang cebisan-cebisan kertas foam tersebut sehingga membentuk rupa bentuk haiwan. Permainan ini diadakan untuk memeriahkan kelas di samping menguji kreativiti mereka.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan ini bersama pelajar dan diharapkan dengan perkongsian kelas ini dapat menyemarakkan lagi semangat adik-adik yang ingin belajar.
Selamat maju jaya diucapkan !
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: